Sistem Pengurusan Kunci Di Jabatan Penjara
Sistem Pengurusan Kunci Di Jabatan Penjara
Dalam institusi berisiko tinggi seperti penjara, pengurusan kunci mekanikal (untuk blok sel, bilik senjata, pintu utama, dan kenderaan pemindahan banduan) adalah kritikal. Kehilangan atau penyalahgunaan walau satu anak kunci boleh mencetuskan krisis keselamatan yang besar. Sistem deister electronic menawarkan transformasi digital yang mengubah prosedur manual yang berisiko kepada operasi yang telus, automatik, dan selamat.


Kelebihan Utama (Kelebihan untuk Penjara Malaysia)
-
Kawalan Akses Berdasarkan Pangkat dan Syif: Melalui perisian Commander Connect, pihak pengurusan penjara boleh menetapkan profil akses yang ketat. Hanya pegawai atau wardar yang bertugas dan mempunyai kebenaran (mengikut pangkat atau zon) sahaja yang boleh mengeluarkan kunci tertentu. Ini menghalang akses tidak sah ke kawasan sensitif.
-
Jejak Audit Bersepadu (Akauntabiliti 100%): Setiap kali kunci dikeluarkan atau dikembalikan, masa dan identiti pegawai akan direkodkan secara automatik. Jika berlaku sebarang insiden keselamatan atau pelanggaran SOP, pihak atasan mempunyai rekod forensik yang tepat mengenai siapa yang memegang kunci pada waktu kejadian.
-
Kelancaran Pertukaran Syif 24/7: Penjara beroperasi 24 jam sehari. Kabinet pintar proxSafe membolehkan penyerahan kunci antara syif dilakukan dengan pantas dan terkawal tanpa memerlukan seorang “penjaga kunci” secara manual. Ini mengelakkan kesesakan, menjimatkan masa, dan meminimumkan kesilapan manusia.
-
Pencegahan Kehilangan Kunci: Sistem ini menghapuskan tekaan dan rekod log buku yang mudah dimanipulasi. Dengan pemantauan sistem, kunci yang tidak dikembalikan pada masanya akan mencetuskan amaran (alert), membolehkan tindakan pantas diambil sebelum ia menjadi ancaman keselamatan.
-
Skala Penyesuaian Fasiliti: Penjara mempunyai pelbagai zon dengan keperluan berbeza. Sama ada untuk pos pengawal kecil yang memerlukan 8 kunci, mahupun Bilik Kawalan Keselamatan Utama yang menyimpan ribuan kunci, model kabinet dan panel fleksibel ini boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut saiz dan reka bentuk penjara.
Dengan melaksanakan sistem ini, Jabatan Penjara Malaysia bukan sahaja dapat menutup kelemahan keselamatan (security vulnerabilities) akibat kelemahan logistik manual, malah membolehkan anggota keselamatan menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas hakiki mereka iaitu menjaga keamanan dan memulihkan penghuni.
Events, Training, Trade Show, Seminar & Site Support
ASEAN Super 8
Kuala Lumpur, on 19 – 21 March 2019 Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC)
ASEAN Super 8 is the leading trade fair in the ASEAN region that integrates various leading exhibitions dedicated towards promoting the latest developments and technologies within industries related to construction, energy and the built environment.
Avigilon Technology Seminar 2019
Menara Hap Seng’s Auditorium & Conference
Some of the technology updates;
1.Experience Focus of Attention, a cutting-edge user interface for live video monitoring in ACC™ 7 software.
2.Secure your perimeter with the Access Control Manager™ system to help keep people, property and assets safe with an
easy-to-use, role-based system that can grow with you.
3.Preview of H5SL and H5A camera line features – our next-generation video analytics to provide a smarter and more powerful video security solution from the moment you set it up



























